Resepi Overnight Oat untuk Sahur

Dah bulan Rejab kan dalam kalendar islam? Mesti ramai pakat-pakat puasa sebabnya salah satunya kene ganti puasa yang tertinggal tahun sebelumnya. 

Tapi selalu fikir nak makan apa masa sahur nanti. Ye tak? lagi la bulan Ramadan pada minggu terakhir, tak boleh nak fikir lagi nak sahur. Kalau boleh nak tidur saja. 
Kadang makan nasi pun tak lalu pagi-pagi buta, haha. Maklumlah pagi-pagi nak celik mata payah juga. Tapi apapun kita sebagai orang mukmin, kene sentiasa cabar diri ke arah kebaikan dari masa ke masa.

So apa yang saya boleh cadangkan puasa nanti, korang boleh buat OVERNIGHT OAT.

Eh kenyang ke makan oat ni? sebab dah selalu makan nasi kan? Sebenarnya Oat lebih kenyang dari makan nasi. Ye kenyangnya sampai boleh ke berbuka, insyaAllah.

Tetapi oat ada macam-macam jenis.
Jika nak diet, better amik rolled oat. Sebab masih belum diproses lagi. 

Okey bahannya:

Yogurt dalam 4-5 sudu

ikut mood korang nak letak berapa banyak. Tapi mesti lebih sikit dari oat sebab oat akan menyerap air dan mengembang. Baru lembut sikit nak masuk dalam mulut korang yang cute tu. ๐Ÿ˜˜ 

Saya guna ni sebab dah include semua dalam tu, ada chia seed, ada quinoa. So senang. Tapi kalau ada rolled oat lagi bagus ya. Dan chia seed,kismis boleh tambah sendiri.

Masuk ke dalam bekas. Tal kisah bekas apa yang penting boleh habiskan oat korang ya.
Saya guna bekas kecik saja. Sebab takut tak habis nanti. Boleh simpan tapi saya kurang suka. 

Ada kismis dan kacang? Ha letak la sekali. 

Saya letak susu , yogurt dan madu original.
Madu tu ikut la kemanisan yang korang nak.

Tadaa... Siap dah.
 Tunggu semalaman untuk sahur ya.
 Masa sahur nanti boleh tambahkan dengan buah yang korang suka seperti Buah Naga, Apple, Mangga, atau buah apa-apa je yang korang makan. 

Kalau tak nak letak buah pun takpa. tapi tak syok la sebab buah kan penyeri korang masa sahur nanti. Colourful laa sikit.๐Ÿ˜…Hihi.. 

Okey cuba tau. next entry tenguk result Overnight Oat ku. ๐Ÿ˜‹




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak