Resepi Goreng Pisang Rangup
Goreng Pisang homemade...
Assalamualaikum,
Dah nak pukul 4 ptg, waktu minum petang, ada saje yang nak di isi dalam perut ..ye tak?Kalau di opis yang sejuk-sejuk tu, dapat jugak la kurangkan rasa mengantuk bila dapat mengunyah..kiki. Salah satu yang selalu orang kita cari mesti goreng pisang kan?..fuhh sedap jugak cari goreng pisang panas-panas sambil hirup secangkir teh tarik..pergh marveles sangat kita uolls..
Tetiba teringat pulak masa zaman saya muda-mudi dulu..zaman melepak dengan geng ofis..kalau lapar dan takda appoinment dengan client, maka dah tentu tempat kami di goreng pisang MAWAR,JB. memang ramai yang amat lepak sana. .eh eh kejap, kita cari goreng pisang atau pisang goreng ya? 😁Selalu yang kita dengar orang cakap 'goreng pisang' kan...hahaha...tapi apa pon sama saje .. yang penting sedap dan rangup tu yang membuatkan kita lupa daratan..😆so ape lagi? moh la cari goreng pisangnya.
Dan hari ini saya nak share cara buat goreng pisang sendiri yang paling senang di dunia tau.Tak perlu tambah air kapur semua. lagi pun nak makan sendiri mestilah kita nak buat yang terbaik..kan?sambil tu dapat laa kepuasan sendiri tanpa penat beratur panjang, Al-maklum la kalau masa time kat goreng pisang MAWAR dulu memang tempatnya femes,jadi dah tentu perlu beratur panjang, silap-silap kalau lambat memang bye-bye la kerana kehabisan..Selain tu, dapat la jugak kita save kewangan kita,kan...sekarang pisang pon dah mahal...Jadi kalo beli RM 5, dapat berapa ketul je pisangnya..lebih baik buat sendiri.
So let check it out..
Bahan yang diperlukan adalah:
- Sesisir Pisang (Pisang Kepok )
- 1 pek Tepung Goreng Pisang ADABI
- 4 sudu makan Tepung Gandum
- Sedikit Air (untuk bancuhan)
- Sedikit Air (untuk bancuhan)
- Minyak
Ni pisang nya
Pisang yang telah di potong dua
Tepung goreng pisang ADABI
Bancuhan antara tepung goreng pisang dan sedikit tepung gandum
(setengah peket tepung Adabi + 3 sudu makan tepung gandum)
Masukkan untuk salutan. Nampak tak kepekatan tepung tu?maksudnya tak terlalu cair ya.
Caranya:
Pisang tadi di belah dua setiap satu biji. Potong dalam keadaan leper. Bila potong dalam keadaan leper, penyerapan tepung akan jadi lagi cantik sebab pisang tu nipis.
Selepas itu buat bancuhan tepung goreng pisang dan tepung gandum serta ditambahkan sedikit air.
Godak sehingga mendapat kepekatan yang di ingini.
Kemudian boleh la panaskan kuali ,masukkan minyak,
Tadaaa...siap dah ... Mmg rangup ..So sedap korang must try.
Nota: Tujuan letak sedikit tepung gandum adalah untuk buatkan pisang tadi di salut dengan baik serta menghasilkan krup krap krup krap yang lebih garing. Jika tak letak tepung gandum, pisang tadi bila di goreng akan tertanggal salutan nya.
Menggoreng perlukan minyak yg banyak ya, sekurang-kurangnya dapat menutupi pisang yang nak digoreng. Pastikan minyak juga dalam keadaan panas sebelum menggoreng pisang. Takut nanti pisang akan serap minyak dan tak rangup.
Lepas ni kalau rasa bosan tak tahu nak minum petang apa, boleh la buat Goreng Pisang homemade untuk family, pastu buat la teh tarik ke..kopi O ke..selain bersih, dapat juga berikan kasih sayang kita dengan masakan. InsyaAllah makin mengeratkan hubungan antara kekeluargaan.
Harap posting dapat membantu. =)
Comments
Post a Comment