Pressure Cooker Philips All in One



Halooooo,

Hi korang, Bila saya tak dapat lena, maka saya mula la busy kan diri nak share something kat kawan di luar sana. Tengok jam pukul 1.46 pagi dah. Tapi mata still tak mahu lelap. Kuasa kuda apa yang ada pada diri ku ini.๐Ÿ˜• Esok mesti ku tersengguk-sengguk, alahai... mata oh mata..

Ok la disebabkan tak dapat nak lena ..Kali ni nak cerita sikit tentang pressure cooker. Sebenarnya dah beli pressure cooker ni dah lama, dalam bulan 9/2017 lagi..Sebelum beli, sibuk juga survey pelbagai jenama, antaranya Philips, Noxxa, Cornell dan sebagainya. 

Mulanya saya takda info sgt tentang pressure cooker ni. Padaku semua nya senang kalau pakai periuk biasa. Hehe...old school la sangat..kikiki...๐Ÿ˜Terjadinya sifat ingin tahu dgn lebih mendalam tu bila Cik Sri balik ke kampung suami, tak silap hari raya kot..So kat situ la bermula cinta pandang pertama... Haa....korang ingat 'love at first sight' pd suami saja ke yg ada? oh tidak....kat periuk pun ada tau..haha๐Ÿ˜€.

Adik ipar beli Noxxa, dalam ke-busy-an kat dapur tu, dia sibuk masak nasi ala-ala nasi minyak gitu..tengok dia goreng sekejap ..lepas tu dia masuk kan beras dan seal..kemudian dia tekan button kat situ, saya pon tgk la..tengah buzy buat air utk tetamu yang datang,tengok-tengok je nasi dah masak..Dalam hati cepat betul...wah ni sudah bagus..mana tak nya 7 minit saja tau..Fuhh hebat...Bila tang rasa pulak..memang sedap.Tak dinafikan.

Bermula dr situlah saya buat survey. Wahh..baru ku tahu, Selama ni ingat pressure cooker hanya untuk lembutkan daging saja, rupanya boleh masak mcm-mcm..Start survey dan survey, ternampak pulak brand Philips..Ada group support juga dlm Facebook. So kalau tak pandai guna,boleh la tanya apa saja kemusykilan.

Terus rasa nak beli Philips Pressure Cooker (PPC), banyak juga jenis yg ada, tp lastly saya pilih yg paling latest pd tahun 2018. Seolah multicooker la sbb ada Slow Cook,Yogurt, button Sear/Saute, selain tu cepat masak berbanding keluaran sebelumnya. Kiranya sebiji macam Noxxa. Plus PPC ni lagi cantik dr Noxxa..Harga boleh tahan juga RM799..tapi saya beli online di Lazada. Untungnya dapat la discount sehingga mencecah RM501. Yeah....sapa tak suka kan?? Mestilah happy sangat.๐Ÿ˜
Suami pon memang bagi green light suruh beli..Melompat ke bintang laa gitu..tapi nasib dah lompat sampai balik ke bumi.๐Ÿ˜›.hihihi. Oh ya, lagi pon Philips promo dapat satu lagi periuk stainless steel free.So maksudnya saya beli PPC dapat dua pot. Satu Stainless steel,satu lagi Non Stick.

Oh ya, waranty 2 tahun yang Philips bg. Walaupun saya beli online, tetapi jika ada sebarang kerosakan, hantar saja ke mana-mana service center Philips yang berdekatan...So selama 6 bulan pemakaian,bil elektrik tak naik. Masih sama setiap bulan. kalau naik pon setakat RM 5 paling maximum. Itu pun waktu panas mungkin ,sebab buka kipas 24 jam..hahaha.๐Ÿ˜œ


Saya beli dari SJK Electrical. Sangat puas hati





So what are you waiting for? Moh la membeli beramai-ramai. Memudahkan kerja..Nanti saya  share akan datang cara masak guna PPC ya..Ni dh pukul 2.37 pagi...mata dah mula ngantuk, Oklah saya nak labuhkan tirai dulu..

Wasalam.


Nota: Semua gambar di atas di petik dari sumber google. 









Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak