Resepi Mee Sizzling Senang dan Sedap

Korang selalu makan sizzling tak? Selalu makan kat mana tu? Kami selalu makan kat Jusco tetapi tak semua jusco sedap dan pandai buat. Kami kalau dah tahu situ sedap,maknanya akan datang sentiasa tempat yang sama. Setiakan kita? ๐Ÿ˜ฌ
๐Ÿ˜ƒ
Harga kalau sepinggan tu dalam RM 7.5-8.50. Jika letak telur di tambah lagi RM1. 
Kalau anak ramai jenuh juga la dok mengira, ye tak? 

Lagi pun kalau pandai masak sizzling lagi laa senang sebab selain save duit, terjamin kebersihannya. 


Ok jom tenguk resepinya.

Ayam di potong ikut size yang korang nak
 4 Ulas Bawang Putih - diketuk
2 inci Halia - dihiris 
4 helai Lada kering - dipotong dua

5-6 sudu Kicap manis
5-6 sudu besar Kicap Pekat
1-2 sudu kecil Minyak Bijan (takda pon takpa)
10 sudu besar Sos Tiram

Cendawan Shitaki - hiris
Tepung Jagung - jadikan cecair untuk pekatkan kuah.

Telur, Sayur Sawi 
Garam
Black Pepper

Caranya : Tumis Bawang putih dan halia sampai naik bau, kemudian masukkan ayam. Bila ayam dah separuh masak,masuk pula air ikut banyak mana yang korang nak.

Lepas tu masukkan sos tiram. Masukkan dalam 7-8 sudu besar. Jika kurang rasa, korang tambah lagi ya. 

Tambah pula sos pekat dan manis. Jika kurang rasa, boleh la tambah lagi sampai rasa yang korang nak ya. 

Masuk cili yang dah dipotong, Masuk juga cendawan shitaki. Biarkan dalam 2 minit, masukkan pula bancuhan tepung jagung. Godak, letak sayur sawi, biarkan mendidih sekejap, pecahkan telur, renehkan perlahan dan tutup api. 
Perasakan garam dan gula. 

Ikutlaa rasa yang korang nak macam kat kedai tu. 

oh ya.. taburkan black pepper selepas tutup api tu ya. Nak pedas letak lebih. Itu saja. 

Mee sizzling tu saya beli bahagian organic di Hero Market. 


Nota: Dah letak telur, kuah jangan di godak lagi.Nanti telur pecah. Hanya renehkan saja supaya telur tu masak.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak