Resepi Nasi Goreng Pedas manja
Ha..Nak tunjuk resepi Nasi Goreng Pedas manja caraku..Hihi.
Resepinya :
1 mangkuk Nasi yang sudah sejuk
(mangkuk standard)
Sejunjut Ikan Bilis
Sebiji Bawang
Seulas Bawang Putih
(Semua ditumbuk)
2 sudu besar makan Lada kisar
Sebiji Telur
Kacang Panjang
Garam
Cara masak:
Tumis bahan tumbuk, letak lada kisar. Kalau nak pedas letak laa lebih.
(Jika nak letak ayam,udang atau sotong, boleh di letak masa tumis ni)
Bila bahan tumis dah garing, masukan telur
kacau sebati, masuk garam secukup rasa, masuk pula nasi sejuk tadi. Gaul sekata dan akhir masuk pula kacang panjang.
Alhamdulilah siap. Korang especially yang bujang tu boleh sangat cuba nasi goreng sempoi ni.
Pastu korang goreng la telur mata lembu
Letak atas nasi goreng korang tadi.Nyumss
Comments
Post a Comment