Resepi Sayur Campur masak Sos Tiram


Sayur Campur Sedap

Brokoli banyak betul kat rumah ni. Mana tak nya, setiap kali pergi beli barang di carrefour mesti nampak Carrefour buat offer. Ada kadang-kadang harga RM1.50 sebiji brokoli. Murah kan? So kami akan ambil paling tidak 3 biji untuk masak nanti walaupun nak masak kadang idea nya hilang. Haha..๐Ÿ˜‚ 

So bagi yang berdiet tu memang sesuai sangat beli brokoli banyak-banyak since korang suka buat macam jajan kan.. hehe..

Okey berbalik pada sayur sempoi sos tiram ni. Sangat senang buatnya.

Sayur boleh laa korang nk letak sayur apa pun tak kisah.
 Macam saya, saya letak,
sedikit Celery
Carrot
Leeks (Batang Bawang Putih)
Brokoli

Kemudian rencahnya pula,
Sejunjut Ikan bilis
Sebiji Bawang Besar
Seulas Bawang Putih
Semua diatas ditumbuk 

Udang Segar
(Saya potong kecil)

Caranya senang saja. Ambil kuali. letak sedikit minyak putih, tumis bahan rencah, dah sedikit garing masukkan udang segar,gaul rata.
Bila udang dah masak, letak sedikit air,masuk sos tiram dalam 2 sudu besar. Korang boleh agak-agak lah dan masukkan pula sayur keras spt carrot,celery, dah sedikit masak, masuk pula brokoli, leeks dan sebagainya.
.
Ambil sesudu tepung jagung, jadikan cecair, kemudian masuk dalam masakan tadi. Tabur Black pepper atas lauk .Godak sekejap dan tutup api. 

Tepung Jagung tadi akan buat kuah jadi pekat sedikit.





Nota: Jangan letak garam sebab sos tiram dah masin.
Udang jika dah masak,boleh juga angkat dulu sebelum masukkan sayur carrot untuk pastikan udang tak kecut. 

Selamat mencuba.๐Ÿ˜

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak