Resepi Spaghetti Goreng Basah


Perut lapar sangat memandangkan tadi makan petang terlalu awal. pastu tak makan nasi. Hanya roti canai saja. Aduhh..

So bila malam start la perut menyanyi..Huhu.Nak tak nak, carilah idea nak masak apa dan dengan cepat sekali.

Terus idea datang masak spaghetti Goreng. Tapi saya buat basah style. Ala, sama macam mee goreng basah. cuma tukarkan pada Spaghetti saja. Mee kuning saya takda.


Spaghetti direbus dulu kemudian tos.
Daging dan udang
Air rebusan daging

Seulas Bawang Putih tumbuk.
Cili kisar (ikut kepedasan korang nak)
Kicap manis
2 sudu besar Sos Tiram 
2 sudu besar Sos Tomato 
1 biji Telur
Sesikit air panas
Carrot
Taugeh
Sawi

Caranya :  
Tumis Bawang Putih, kemudian masukan ayam dan udang, Dah sedikit masak,masuk pula cili kisar.

Dah garing, masukan kicap manis, sos tiram, dan sos tomato.Letak carrot. Letak sikit air daging atau air udang untuk masakan carrot.

Godak sebati, letak spaghetti yang dah direbus tadi. Gaul rata and masuk air panas sikit untuk bagi berkuah. Sikit saja ya.Kalau nak korang suka makan kering, taknak letak air pon boleh.
Akhir sekali pecahkan telur, masuk taugeh dan sawi, tunggu sehingga masak dan gaul telur tadi jika suka.

Siap.. 



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak