Resepi Nasi Goreng Sempoi
Tekak macam nak makan nasi goreng pagi ni..
Jom buat..ala nasi goreng sempoi saja. Campak-campak siap u olls..
Ni nasi goreng paling kedua tersenang di dunia..π
pertama yang paling apa kalau korang tahu? Tentulah Telur dan nasi aje..pastu goreng letak garam... dan siap...Hahaha
Okey tapi sebab saya nak buat nasi goreng kedua tersenang, maka ini.....
Bahan nya:
Nasi sejuk
Bahan rencah pula korang letak laa apa-apa yang korang nak..
tapi yang ni saya tumbuk :
Bawang Besar sebiji kecil
Bawang Putih seulas
Ikan bilis sejunjut
Garam sikit
Sayur Sawi
Telur
Caranya senang aja, Korang amik kuali masuk sikit minyak, kemudian tumis bahan tumbuk,
Dah garing sikit, masukkan telur, sebatikan , Pastu masuk nasi sejuk,
Gaul dan sebatikan sampai semua rata ok...Nasi tu jangan ada yang ketul-ketul pulak.
Dah sebati gaul, kasi garing sikit supaya x basi cepat nasi tu. Lastly letak la sayur.. Gaul lagi sampai la tahap yang korang nak. OK siap.. Boleh makan dah.
Eh garam korang letak laa masa sebelum letak nasi. Lupa lak nak cakap. kiki...
Senangkan? Haa... yang bujang boleh laa buat..
Kalau korang nak add on ayam goreng ke, sambal ikan korang yang semalam pun boleh.
Ikut la tekak kita kan...Hihihi
Lagi satu selamat duit korang..boleh simpan buat duit kahwin..π»π»π°
Comments
Post a Comment