Resepi Kek Coklat Guna Blender

Haloo..korang buat apa tu?

Semalam pergi Jusco dengan cik Maiya, naik je travelator sampai ke tingkat atas terus nampak booth kek. Wah cik Maiya apa lagi, terus dia cakap, Mama, jom rasa kek? Rupanya dia terliur tenguk kek coklat kegemaran dia. Penjual kek tu pun kasi rasa. Pastu maiya sempat la bisik, Mama nanti mama buat kek coklat eh, Maiya nak makan sangat la mama,
Terus luluh hati ini..hahaha... Dalam hati mak dia, Lor..siannya nya anak aku ni, nampak sangat lama tak makan kek.Terus cakap kat dia, oklah kita buat esok lepas maiya balik sekolah ok? Dia kata ok.

So teringat kat rumah koko dah abis, jadi teruslah cari koko kat Jusco tu. Lagi pun bahan-bahan lain macam telur semua dah ada. Koko je yang takda, sebab tu la x buat-buat kek. Hihi.

Jom tenguk bahan-bahannya. Senang je resepi ni. Setahu Nad, banyak je versi resepi kek coklat ni. Tapi Nad ambil resepi paling senang penyediaannya.


Korang nak kukus boleh, nak bakar pon boleh.
πŸ˜‹πŸ˜‹

Okey bahan-bahan :


1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair (Nad guna air biasa saja)
1 cwn gula (Nad guna 3/4 saja)

1 cwn minyak
3 biji telur A atau B

- kisar gula + minyak dulu sehingga kembang.
- pastu masukkan bahan lain hingga sebati.

Bahan2 ayak:
1 ¼ cwn Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1 sudu kecil Baking Powder


-Satukan bahan ayak.
-Adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kemudian kaup balikkan sehingga rata.Tapis dan letak dalam loyang atau cup kecil.


Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau dah masak ke belum, cucuk ngan garfu kalau x melekat dah masak.



Serbuk Koko..Best bau dia..enak sungguh.

Topping Coklat:

1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED (Nad masak dalam periuk saja. tapi make sure tak hangit ya..kena sentiasa godak perlahan dan api yang kecil)
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.









Nampak tak muka dia terlampau suka tu.😍




 Jom makan...Yeah.. makan puas-puas okey anakku.Kiki


So korang kena cuba tau. Memang mudah yang amat. Guna blender rumah korang  je tu tapi jangan la guna lepas blend cili pula. Nyaye je nanti.Haha





Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak