Resepi Sawi Pak Choy
Eh...Sawi Pak Choy.
Suka sangat sawi pak choy ni tumis dengan rencah sos tiram. Senang dan cepat tau. Kalau korang yang baru balik kerja, tapi lebih selesa masak sendiri, so boleh la try masak sayur ni ya.
Tentunya kena la ada Sawi Pak Choy ni. Dia sawi yang pendek sikit dari sawi biasa. Jom tengok cara masak dia ok.
1 ikat Sawi Pak Choy. - di celur dalam air panas hanya seketika saja.
Toskan dan letak di atas pinggan dulu.
Sos untuk Sawi:
1 ulas Bawang Putih
Ikan Bilis (ganti serbuk perasa)
1 inci Halia
*Semua diatas di tumbuk halus
Sos Tiram
Tepung Jagung + air - untuk pekatkan kuah
Bawang putih goreng.
Bawang besar - potong bulat
Bawang besar - potong bulat
Caranya:
Tumis bahan yang di tumbuk, dah naik bau, letakkan sikit air,
kemudian masukkan sos tiram,
masukkan campuran tepung jagung dan air. Letak bawang besar.
Tutup api.
Letakkan sos tadi keatas sawi yang dah di celur serta taburkan bawang putih goreng.
Siap. Selamat menjamu selera. Senang kan? Kalau makan luar dah tentu RM5 atau RM6 juga.
Masa ni kuah Cik Sri buat cair sikit sebab si kecik suka kuahnya letak atas nasi dia.So enjoy..
Comments
Post a Comment