Resepi Soto Tok Chik Kebabom

Holaa....Holaa...Holaaa....

Hari ni Sabtu..ada yang baru balik cuti start dari raya cina lagi kot. Maklumlah cuti panjang...Agaknya mesti jem di lebuhraya PLUS. Harapnya semua berjalan lancar dalam perjalanan nanti.

So cuti-cuti ni saya decide nak masak saja kat rumah. Mood terlebih rajin la katakan. Hehe. Hari tu saya ada beli kaki ayam jenama Ladangku di Rosyam Nor kat Setiawangsa. Kaki ayam ni banyak kolagen. Bagus untuk tingkatkan kadar metabolisma dalam badan juga. Eh banyak lagi, nanti saya kongsikan lagi apa khasiatnya ya.

Selalunya saya beli tulang untuk masak Soto ni. Tetapi di sebabkan saya tak sempat nak beli tulang daging, so saya tukarkan kepada kaki ayam. Rasanya sama sedap macam guna tulang daging. 







Okey jom tengok resepinya.

1 kg Kaki Ayam 
-di rebus hingga separuh kembang

 Bahan Kisar:;
5 batang Serai - di racik
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
2 biji Bawang Besar

8 sudu makan Rempah Sup
- di jadikan pes

2 biji Buah Keras / Kemiri 
- di tumbuk halus




3 batang Serai di titik
Rempah tumis 4 sekawan
(Bunga Lawang, Bunga Cengkih, 2 biji Pelaga, Kayu Manis)


Cara masaknya:

Tumis Serai dan rempah 4 sekawan, 
kemudian masukkan bahan kisar tadi. Api sederhana saja.
Dah agak naik bau, masukkan pes rempah sup.
Pastikan tumis sehingga garing. Tambahkan sedikit minyak lagi kalau nampak kering.

Kemudian masukkan pula buah keras yang dah di tumbuk halus tadi. Tumiskan sebentar dan boleh angkat bahan tumisan untuk masuk kedalam periuk rebusan kaki ayam.







Kiranya style saya ni  selalu orang panggil tumis darat. Sebab tumis dekat kuali lain, pastu masukkan dalam air rebusan lain pula.

Bila dah masukkan dalam periuk, panaskan api periuk untuk sebatikan kuah. Akhir sekali, perasakan dengan garam.

Boleh tutup api periuk apabila kuah Soto dah menggelegak,

Siap sudah. 


Bahan lain : 
Celur taugeh dan Mee kuning
Ada juga yang makan soto bersama Nasi Impit.
 Sambal hitam jangan lupa tau. Barulah syok makan. Haha..
Daun Saderi
Daun Bawang
Bawang Goreng

Sepatutnya ada juga ayam rebus yg di siat halus. Makan dengan mee dan taugeh ,
 Tetapi saya perlu habiskan sekilo kaki ayam saya tadi. πŸ˜‚
Makanya saya tak la rebus ayam lain.😝

So enjoy your SOTO GUYS...

TAPI hari ni ku hirup kuah Soto saja uolls... Ya Allah.marveles..πŸ˜‹πŸ˜‹



Ni Soto nya ..Korang cuba la buat..confirm jadi...













Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak