Posts

Showing posts from March, 2019

Resepi Cekodok Simple

Image
Holaa.. Hari ni anak baru baik demam. Syukur Alhamdulilah. Bangunnya dia pagi tadi, tanya dia nak makan apa. Dia cakap nak.makan cekodok pisang. Tapi disebabkan pisang tiada, maka mak nya bagi idea buat cekodok simple. Cekodok simple ni kegemaran dia tahun lepas. Mana taknya setiap kali pergi sekolah setiap kali tu lah dia nak bawak cekodok simple ni. Jom tenguk resepi mudah ni. Memang budak-budak suka sangat. Kalau nak letak ikan bilis pon boleh tapi disebabkan anak tak suka, so saya tak letak. 1 cawan tepung 1 cawan air panas. garam sikit. Godak dan bulat-bulatkan. Siap. Goreng macam biasa. Anak suka makan dengan sis coklat. Saya buat sos daripada koko yang dibeli dikedai bakeri. letak susu sedikit. 

Resepi Ayam masak Kurma

Holaa.. Setelah beberapa lama tak hujan tapi semalam dah mula hujan Alhamdulilah syukir atas nikmatMu Ya Allah. Lega bila hujan ni. Sejuk sikit. Pokok-pokok tak mati dek kerana panas yang amat. Jadi hari ni mesej suami tanya nak makan apa nanti lepas dia balik kerja. Suami bagi idea suruh masak Ayam Kurma. Wah saya rasa sedap juga since dah lama tak makan. Jom tenguk resepi lauk ni. Saya sediakan video seminit untuk korang tenguk. Selamat mencuba.

Resepi Mee Goreng Basah

Image
Hari ni testing buat video untuk Mee goreng basah. Haha. Al maklumlah first time edit video. Jadi dalam video ni saya ada share resepi Mee goreng basah. Walaupun seminit je video ni.. tapi happy sungguh rasa sebab menjadi la juga. Tapi terlupa pula nak letak sos tomato dalam video tu.😂 Takpa,nanti korang makan add on laa sos tomato dalam pinggan tu ok. Ni resepi paling sempoi. Kalau nak pedas korang letaklah banyak ya. Ok selamat mencuba.

Resepi Air Asam

Image
 Hai semua... Hari ni nak share resepi air asam. Kalau masa bujang dulu selalu buat Sambal Belacan saja. Kemudian perahkan limau sikit, garam dan gula secukup rasa. Nak lagi best suka letak kulit limau tu sekali. Baru la rasa dia mengancam. Haha. Tapi sejak kahwin dengan orang utara, baru la banyak buat air asam sebab suami kegemaran dia kalau makan dengan lauk kari mesti nak ada air asam. Jadi saya tumpang sekali sambal belacan dia la.. hihi. Untungkan?😍 Lumat sungguh suami tumbuk. Dia kata mudah nak makan. 😂 Okey senang sangat resepinya. Mestilah ada belacan. Suami hari tu beli kata Lumut. Sedap juga rasanya. Bahan lain: Bawang Tomato Cili Merah Cili padi (kehabisan) Kerisik Asam Jawa Limau Kasturi Semua bahan ditumbuk. Suami tumbuk habis lumat semuanya. 😂 kemudia perah air limau, letak asam jawa, dan kerisik.  Siap sudah.

Resepi Kangkung masak Belacan

Image
Hari ni nak masak kangkung masak belacan. Suami baru balik Outstation di Lumut. So dia ada beli belacan tumbuk. So hari ni nak rasa sedap ke tak belacan tu Jadi hari ni saya buat kangkung masak belacan untuk dimakan sekali dengan kari kepala ikan. Selalu makan kat kedai aje. Padahal mudah saja nak buatnya. Okey ni bahannya. Mudah saja. Saya hiris saja semua . Tak tumbuk. Ala macam kat kedai makan kan? 😀 saya tak letak ikan bilis. Tapi nak letak pon boleh. Kangkung  Tumis bahan kecuali lada merah. Dah garing, letak sedikit garam dan masukkan kangkung tadi. Gaul sekata dan letak cili merah. Siap. Ni hasilnya. Mudah dan cepat .Try okey.

Resepi Kuih Keria

Image
Assalammualaikum korang,  harapnya semua sihat selalu.Hari ni dah masuk bulan Rejab. Semoga kita semua bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Doa Bulan Rejab اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ “Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan  Semoga kita semua diampuni segala dosa dan sentiasa dalam rahmat Allah. Ameen. Okey dah pukul 4 petang ni, nak minum petang apa ya? Tadi pagi ada beli keledek, rasanya nak buat Kuih Keria. Ya kuih kegemaran saya. Dulu mak saya selalu buat. Saya panggil kuih tayar masa kecil dulu. Hihi.. Bila dah besar ni wajib la buat sendiri kan? Pastu bagi pula parents rasa. 😍 Keledek Setelah direbus ,ambil cawan dipenyekkan sehingga lembut.  Kemudian letak tepung gandum. Letak sehingga keledek tadi tidak melekat pada tangan.  Ambil sedikit, bulatkan dan leperkan kemudian jari cucuk di tengah-tengah

Resepi Sambal Sardin Sempoi

Image
Ada suka makan sambal sardin? Arini nak masak sambal sardin sebab dah lama sangat tak makan.  Rasa rindu pula nak makan dengan nasi panas. Sayur dia timun pun jadi..Haha. Tiba-tiba teringat zaman muda-mudi dulu sewaktu hiking di gunung. Mana taknya, sardin la penyelamat perut. Lagi pun sardin senang nak bawa dan masak sempoi yang mungkin. So easy. Kan kalau dah hiking ni, badan dah letih, mindset pula hanya nak hiking sampai puncak. Hehe😅 Okey jom tenguk apa bahan-bahannya.  1 tin      Sardin Tin (Saya guna Ayam Brand) 5 biji     Cili Padi - Di potong halus 1 biji.    Bawang Besar - Dihiris kasar 3 Ulas   Bawang Putih - Dihiris  2 hirisan Halia  2-3 sudu besar Lada Kisar Sesudu Kecil Asam Jawa Adabi Caranya:  Asingkan Sardin dan kuahnya. Sardin digoreng dulu. Tanpa kuahnya. Angkat dan toskan bila ikan sardin garing. Kemudian guna minyak goreng tadi,tumis bawang besar,bawang putih,dan halia sehingga naik bau. Tambah pula lada kisar. Tumis

Resepi Ayam Kentucky paling mudah dan cepat.

Image
 Holaa ada ayam kat fridge.  Nak masak apa pula kali ni? Anak bagi idea.. "Mama masak je kfc mama tu" katanya..Haha.  Yeah jadi hari ni kita makan kfc ala mama..😍 Jom buat. Kalau yang anak ramai boleh buat sendiri..Tapi sekali sekala nak makan Kfc apa salahnya.Dapat jugak anak rasa kehangatan bau ayam kfc tu.😂 Cuma kalau buat sendiri terjamin kebersihan bila masak sendiri. ye tak? 😍 Ayam  Saya guna tepung ni   Campurkan sedikit rempah kari ke dalam Tepung Kentucky tadi. Sedikit tepung jagung untuk lagi crunchy ya. Gaul sebati Kemudian Ayam tadi dicelup ke dalam mangkuk yang berisi putih telur.  Dah celup dalam putih telur, letakkan ayam atas tepung kentucky tadi.  Terus goreng dengan minyak yang banyak. Kalau deep fry lagi bagus.  Tadaa siap sudah. Jom makan cecah sos cili. Nyums.. Nota: Nisbah utk tepung dan kari Tepung Kentucky 3: Tepung Jagung 2: Kari 1 Cuba tau.😊

Resepi Spaghetti Goreng Basah

Image
Perut lapar sangat memandangkan tadi makan petang terlalu awal. pastu tak makan nasi. Hanya roti canai saja. Aduhh.. So bila malam start la perut menyanyi..Huhu.Nak tak nak, carilah idea nak masak apa dan dengan cepat sekali. Terus idea datang masak spaghetti Goreng. Tapi saya buat basah style. Ala, sama macam mee goreng basah. cuma tukarkan pada Spaghetti saja. Mee kuning saya takda. Spaghetti direbus dulu kemudian tos. Daging dan udang Air rebusan daging Seulas Bawang Putih tumbuk. Cili kisar (ikut kepedasan korang nak) Kicap manis 2 sudu besar Sos Tiram  2 sudu besar Sos Tomato  1 biji Telur Sesikit air panas Carrot Taugeh Sawi Caranya :   Tumis Bawang Putih, kemudian masukan ayam dan udang, Dah sedikit masak,masuk pula cili kisar. Dah garing, masukan kicap manis, sos tiram, dan sos tomato.Letak carrot. Letak sikit air daging atau air udang untuk masakan carrot. Godak sebati, letak spaghetti yang dah direbus tadi. Gaul rata and ma

Resepi Nasi dan Sup Tulang

Image
 Holaa.... Tapi hari ni taknak share lauk apa pun. Cuma nak share makan Nasi dan sup tulang saja. Pendek saja entry kali ni.😍 Agak-agak healthy tak ni? Hehe Tu sambal belacan kita cecah bila makan dengan sup yang panas-panas tu.  Berapi plus panas.  Sup mesti dipanaskan dulu. Barulah syok kalau nak makan. Eh bawang goreng saya takda.Habis😁 Okey makan sempoi macam ni pon selera.  Nak resepi sup? boleh klik  SINI   InsyaAllah next entry saya masak Sup Mamak. 

Resepi Overnight Oat untuk Sahur

Image
Dah bulan Rejab kan dalam kalendar islam? Mesti ramai pakat-pakat puasa sebabnya salah satunya kene ganti puasa yang tertinggal tahun sebelumnya.  Tapi selalu fikir nak makan apa masa sahur nanti. Ye tak? lagi la bulan Ramadan pada minggu terakhir, tak boleh nak fikir lagi nak sahur. Kalau boleh nak tidur saja.  Kadang makan nasi pun tak lalu pagi-pagi buta, haha. Maklumlah pagi-pagi nak celik mata payah juga. Tapi apapun kita sebagai orang mukmin, kene sentiasa cabar diri ke arah kebaikan dari masa ke masa. So apa yang saya boleh cadangkan puasa nanti, korang boleh buat OVERNIGHT OAT. Eh kenyang ke makan oat ni? sebab dah selalu makan nasi kan? Sebenarnya Oat lebih kenyang dari makan nasi. Ye kenyangnya sampai boleh ke berbuka, insyaAllah. Tetapi oat ada macam-macam jenis. Jika nak diet, better amik rolled oat. Sebab masih belum diproses lagi.  Okey bahannya: Yogurt dalam 4-5 sudu ikut mood korang nak letak berapa banyak. Tapi mesti lebih sikit d

Resepi Nasi Goreng Pedas manja

Image
Ha..Nak tunjuk resepi Nasi Goreng Pedas manja caraku..Hihi.  Resepinya : 1 mangkuk Nasi yang sudah sejuk (mangkuk standard) Sejunjut Ikan Bilis Sebiji Bawang  Seulas Bawang Putih (Semua ditumbuk) 2 sudu besar makan Lada kisar Sebiji Telur  Kacang Panjang  Garam Cara masak: Tumis bahan tumbuk, letak lada kisar. Kalau nak pedas letak laa lebih.  (Jika nak letak ayam,udang atau sotong, boleh di letak masa tumis ni) Bila bahan tumis dah garing, masukan telur  kacau sebati, masuk garam secukup rasa, masuk pula nasi sejuk tadi. Gaul sekata dan akhir masuk pula kacang panjang. Alhamdulilah siap. Korang especially yang bujang tu boleh sangat cuba nasi goreng sempoi ni.   Pastu korang goreng la telur mata lembu  Letak atas nasi goreng korang tadi.Nyumss

Resepi Soto Tulang Lembu

Image
Tu letak sikit sambal hitam. Hai korang..  Hari ni weekend buat apa? Selain pergi jalan dengan family dekat mall atau sebagainya, saya selalu akan ajak suami singgah ke Pasar Tani Taman Melawati selepas balik dari mall tu.   Best sangat kat sana. Banyak yang boleh di beli kat sana. Paling suka beli ikan kat sana. Memang fresh sangat. Walaupun harga agak mahal sikit berbanding tempat lain, tapi saya rasa tak kisah sangat kerana kalau fresh masak apa pon akan jadi sedap. Kemanisan dari udang, ikan, sotong tu sendiri akan buat sesuatu lauk tu jadi lebih tip top rasa dia. Lagilah kalau kita nak buat laksa.Fuhh memang sangat² sedap.  Selain ada jual bahan basah kat sana, ada juga jual baju-baju, makanan dan sayuran. Kali ni suami yang beli sendiri. Saya tunggu di kereta saja memandangkan anak syok tidur dalam kereta.  Sampai je dia di kereta, dia terus cakap "i beli tulang"... wah saya dah agak mesti dia suruh buat soto lagi.. Haha😃 Ye, memang betu

Resepi Mee Sizzling Senang dan Sedap

Image
Korang selalu makan sizzling tak? Selalu makan kat mana tu? Kami selalu makan kat Jusco tetapi tak semua jusco sedap dan pandai buat. Kami kalau dah tahu situ sedap,maknanya akan datang sentiasa tempat yang sama. Setiakan kita? 😬 😃 Harga kalau sepinggan tu dalam RM 7.5-8.50. Jika letak telur di tambah lagi RM1.  Kalau anak ramai jenuh juga la dok mengira, ye tak?  Lagi pun kalau pandai masak sizzling lagi laa senang sebab selain save duit, terjamin kebersihannya.  Ok jom tenguk resepinya. Ayam di potong ikut size yang korang nak  4 Ulas Bawang Putih - diketuk 2 inci Halia - dihiris  4 helai Lada kering - dipotong dua 5-6 sudu Kicap manis 5-6 sudu besar Kicap Pekat 1-2 sudu kecil Minyak Bijan (takda pon takpa) 10 sudu besar Sos Tiram Cendawan Shitaki - hiris Tepung Jagung - jadikan cecair untuk pekatkan kuah. Telur, Sayur Sawi  Garam Black Pepper Caranya : Tumis Bawang putih dan halia sampai naik bau, kemudian masukkan ayam. Bila

Resepi Sayur Campur masak Sos Tiram

Image
Sayur Campur Sedap Brokoli banyak betul kat rumah ni. Mana tak nya, setiap kali pergi beli barang di carrefour mesti nampak Carrefour buat offer. Ada kadang-kadang harga RM1.50 sebiji brokoli. Murah kan? So kami akan ambil paling tidak 3 biji untuk masak nanti walaupun nak masak kadang idea nya hilang. Haha..😂  So bagi yang berdiet tu memang sesuai sangat beli brokoli banyak-banyak since korang suka buat macam jajan kan.. hehe.. Okey berbalik pada sayur sempoi sos tiram ni. Sangat senang buatnya. Sayur boleh laa korang nk letak sayur apa pun tak kisah.  Macam saya, saya letak, sedikit Celery Carrot Leeks (Batang Bawang Putih) Brokoli Kemudian rencahnya pula, Sejunjut Ikan bilis Sebiji Bawang Besar Seulas Bawang Putih Semua diatas ditumbuk  Udang Segar (Saya potong kecil) Caranya senang saja. Ambil kuali. letak sedikit minyak putih, tumis bahan rencah, dah sedikit garing masukkan udang segar,gaul rata. Bila udang dah masak, letak s