Posts

Resepi Cekodok Simple

Image
Holaa.. Hari ni anak baru baik demam. Syukur Alhamdulilah. Bangunnya dia pagi tadi, tanya dia nak makan apa. Dia cakap nak.makan cekodok pisang. Tapi disebabkan pisang tiada, maka mak nya bagi idea buat cekodok simple. Cekodok simple ni kegemaran dia tahun lepas. Mana taknya setiap kali pergi sekolah setiap kali tu lah dia nak bawak cekodok simple ni. Jom tenguk resepi mudah ni. Memang budak-budak suka sangat. Kalau nak letak ikan bilis pon boleh tapi disebabkan anak tak suka, so saya tak letak. 1 cawan tepung 1 cawan air panas. garam sikit. Godak dan bulat-bulatkan. Siap. Goreng macam biasa. Anak suka makan dengan sis coklat. Saya buat sos daripada koko yang dibeli dikedai bakeri. letak susu sedikit. 

Resepi Ayam masak Kurma

Holaa.. Setelah beberapa lama tak hujan tapi semalam dah mula hujan Alhamdulilah syukir atas nikmatMu Ya Allah. Lega bila hujan ni. Sejuk sikit. Pokok-pokok tak mati dek kerana panas yang amat. Jadi hari ni mesej suami tanya nak makan apa nanti lepas dia balik kerja. Suami bagi idea suruh masak Ayam Kurma. Wah saya rasa sedap juga since dah lama tak makan. Jom tenguk resepi lauk ni. Saya sediakan video seminit untuk korang tenguk. Selamat mencuba.

Resepi Mee Goreng Basah

Image
Hari ni testing buat video untuk Mee goreng basah. Haha. Al maklumlah first time edit video. Jadi dalam video ni saya ada share resepi Mee goreng basah. Walaupun seminit je video ni.. tapi happy sungguh rasa sebab menjadi la juga. Tapi terlupa pula nak letak sos tomato dalam video tu.๐Ÿ˜‚ Takpa,nanti korang makan add on laa sos tomato dalam pinggan tu ok. Ni resepi paling sempoi. Kalau nak pedas korang letaklah banyak ya. Ok selamat mencuba.

Resepi Air Asam

Image
 Hai semua... Hari ni nak share resepi air asam. Kalau masa bujang dulu selalu buat Sambal Belacan saja. Kemudian perahkan limau sikit, garam dan gula secukup rasa. Nak lagi best suka letak kulit limau tu sekali. Baru la rasa dia mengancam. Haha. Tapi sejak kahwin dengan orang utara, baru la banyak buat air asam sebab suami kegemaran dia kalau makan dengan lauk kari mesti nak ada air asam. Jadi saya tumpang sekali sambal belacan dia la.. hihi. Untungkan?๐Ÿ˜ Lumat sungguh suami tumbuk. Dia kata mudah nak makan. ๐Ÿ˜‚ Okey senang sangat resepinya. Mestilah ada belacan. Suami hari tu beli kata Lumut. Sedap juga rasanya. Bahan lain: Bawang Tomato Cili Merah Cili padi (kehabisan) Kerisik Asam Jawa Limau Kasturi Semua bahan ditumbuk. Suami tumbuk habis lumat semuanya. ๐Ÿ˜‚ kemudia perah air limau, letak asam jawa, dan kerisik.  Siap sudah.

Resepi Kangkung masak Belacan

Image
Hari ni nak masak kangkung masak belacan. Suami baru balik Outstation di Lumut. So dia ada beli belacan tumbuk. So hari ni nak rasa sedap ke tak belacan tu Jadi hari ni saya buat kangkung masak belacan untuk dimakan sekali dengan kari kepala ikan. Selalu makan kat kedai aje. Padahal mudah saja nak buatnya. Okey ni bahannya. Mudah saja. Saya hiris saja semua . Tak tumbuk. Ala macam kat kedai makan kan? ๐Ÿ˜€ saya tak letak ikan bilis. Tapi nak letak pon boleh. Kangkung  Tumis bahan kecuali lada merah. Dah garing, letak sedikit garam dan masukkan kangkung tadi. Gaul sekata dan letak cili merah. Siap. Ni hasilnya. Mudah dan cepat .Try okey.

Resepi Kuih Keria

Image
Assalammualaikum korang,  harapnya semua sihat selalu.Hari ni dah masuk bulan Rejab. Semoga kita semua bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Doa Bulan Rejab ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠْ ุฑَุฌَุจَ ูˆَุดَู€ุนْุจَุงู†َ ูˆَุจَู„ِّู€ุบْู†َุง ุฑَู…َุถَุงู†َ “Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan  Semoga kita semua diampuni segala dosa dan sentiasa dalam rahmat Allah. Ameen. Okey dah pukul 4 petang ni, nak minum petang apa ya? Tadi pagi ada beli keledek, rasanya nak buat Kuih Keria. Ya kuih kegemaran saya. Dulu mak saya selalu buat. Saya panggil kuih tayar masa kecil dulu. Hihi.. Bila dah besar ni wajib la buat sendiri kan? Pastu bagi pula parents rasa. ๐Ÿ˜ Keledek Setelah direbus ,ambil cawan dipenyekkan sehingga lembut.  Kemudian letak tepung gandum. Letak sehingga keledek tadi tidak melekat pada tangan.  Ambil sedikit, bulatkan dan leperkan kemudian jari cucuk di tengah-tengah

Resepi Sambal Sardin Sempoi

Image
Ada suka makan sambal sardin? Arini nak masak sambal sardin sebab dah lama sangat tak makan.  Rasa rindu pula nak makan dengan nasi panas. Sayur dia timun pun jadi..Haha. Tiba-tiba teringat zaman muda-mudi dulu sewaktu hiking di gunung. Mana taknya, sardin la penyelamat perut. Lagi pun sardin senang nak bawa dan masak sempoi yang mungkin. So easy. Kan kalau dah hiking ni, badan dah letih, mindset pula hanya nak hiking sampai puncak. Hehe๐Ÿ˜… Okey jom tenguk apa bahan-bahannya.  1 tin      Sardin Tin (Saya guna Ayam Brand) 5 biji     Cili Padi - Di potong halus 1 biji.    Bawang Besar - Dihiris kasar 3 Ulas   Bawang Putih - Dihiris  2 hirisan Halia  2-3 sudu besar Lada Kisar Sesudu Kecil Asam Jawa Adabi Caranya:  Asingkan Sardin dan kuahnya. Sardin digoreng dulu. Tanpa kuahnya. Angkat dan toskan bila ikan sardin garing. Kemudian guna minyak goreng tadi,tumis bawang besar,bawang putih,dan halia sehingga naik bau. Tambah pula lada kisar. Tumis