Resepi Daging Masak Halia


Assalamualaikum,

Hari tu ada cakap yang saya ada beli pressure cooker kan?
 Selalunya masak akan jadi sangat mudah dan senang bila saya dapat gunakan pressure cooker saya. Lagi pun saya dapat save masa saya daripada menunggu beberapa jam untuk jadikan daging empuk.  Sekarang dengan hanya 15 -17 minit saja daging dah empuk. Memang syukur sangat ada pressure cooker. Save masa, save tenaga saya.. tak payah jaga api gas dan air rebusan. Hanya tekan beberapa button, sudah selesai kerja.

Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah Daging masak Halia tp saya tambahkan sedikit kicap untuk kesedapan lagi. 

Jom tenguk apa bahan-bahannya:

300 gm Daging - di potong kecil ( saya tak rebus sbb saya masak menggunakan pressure cooker)
(dibersihkan dulu selepas beli dr pasar)


Bahan Tumbuk :
3 inci  Halia 
3 ulas  Bawang Putih


Bahan Potong:
1 biji besar -Bawang Besar hiris membulat
6 tangkai Lada Hijau - di potong (saya letak lebih dr 6 tangkai sbb saya suka banyak)
4 tangkai Cili Padi Hijau   - ikut suka nak pedas letak lebih. Juga di potong.

2 sudu besar Kicap Manis 
Sedikit Minyak Masak



Caranya: 
Tekan button tumis, Masukkan minyak ke dalam periuk Non-stick pressure cooker,
kemudian tumis bahan tumbuk sehingga garing, Selepas itu, saya masukkan separuh lada hijau dan cili padi, tumis sebantar. Jangan layu sangat. Seterusnya saya masukkan daging beku yang baru di keluarkan dari freezer.


                                 Nampak tak daging beku seketul..Saya masukkan terus ya.


Kemudian saya seal, dan tutup periuk dengan lid, dah siap dalam 17 minit, saya terus buka dan masukkan hirisan bawang dan separuh lagi lada serta kicap. Perasakan dengan garam. Siap. Wap yg panas tu akan sebatikan lagi bawang,kicap tu.



Kan...memang mudah masak ni.. Sap sap soi aje.. Makan dengan nasi panas pon cukup dah tambah selera tau. 


Nota: saya letak separuh saja lada pada permulaan kerana pressure cooker akan buatkan lada tersebut lembut. Jadi separuh lg saya letak selepas pressure supaya ianya kelihatan cantik. Nak makan mesti nampak cantik juga kan..ye tak? 


Diharap dapat la semua mencuba resepi yg super duper senang ni.. Kalo takda pressure cooker pon, takda masalah, cuma korang perlu rebuskan daging dulu spt biasa..Kemudian masukan sedikit air daging semasa masak . So manislah masakan tersebut.


Try ye..Moga bermanfaat semua. Assalamualaikum.๐Ÿ˜€












Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak