Posts

Showing posts from 2018

Resepi Daging Masak Halia

Image
Assalamualaikum, Hari tu ada cakap yang saya ada beli pressure cooker kan?  Selalunya masak akan jadi sangat mudah dan senang bila saya dapat gunakan pressure cooker saya. Lagi pun saya dapat save masa saya daripada menunggu beberapa jam untuk jadikan daging empuk.  Sekarang dengan hanya 15 -17 minit saja daging dah empuk. Memang syukur sangat ada pressure cooker. Save masa, save tenaga saya.. tak payah jaga api gas dan air rebusan. Hanya tekan beberapa button, sudah selesai kerja. Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah Daging masak Halia tp saya tambahkan sedikit kicap untuk kesedapan lagi.  Jom tenguk apa bahan-bahannya: 300 gm Daging - di potong kecil ( saya tak rebus sbb saya masak menggunakan pressure cooker) (dibersihkan dulu selepas beli dr pasar) Bahan Tumbuk : 3 inci  Halia  3 ulas  Bawang Putih Bahan Potong: 1 biji besar -Bawang Besar hiris membulat 6 tangkai Lada Hijau - di potong (saya letak lebih dr 6 tangkai sbb saya s

Resepi Nasi Daging Utara

Image
May Hari ini dah masuk bulan May dah..Sekejap je rasa kan waktu berjalan sekarang, Mana tak nya hari tu macam baru je masuk tahun baru 2018...Dah nak hampir setengah tahun dah. Oklah hari ni saya nak share sikit tentang masak untuk keluarga pada hari buruh.Hari buruh kan cuti..So suami nak makan Nasi Daging Utara katanya..Apa lagi saya pon tengok la segala mak nenek bahan nak masak cukup..So why not kan kita masak? Ni first time saya masak Nasi Daging. Kalau dr pemerhatian saya, bahannya sama seperti masak Nasi Beriani Johor..Cuma ada sedikit beza dr segi daun dan sebagainya. Asasnya tetap sama. Cuma beras beriani saya takda, jadi saya gunakan beras rebus. Beras rebus ni lagi bagus kerana tiada kanji langsung iaitu Glisemik Indeks (GI) yang rendah.  Al-maklumlah, dah start umur meningkat ni kene la jaga pemakanan.๐Ÿ˜‡...risau juga jika kencing manis menjengah dalam hidupku.๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜Ÿ Jom tengok apa bahan-bahannya; Daging 1/2 kg - di potong besar dadu dan di rebus sehingga empuk. B

Pressure Cooker Philips All in One

Image
Halooooo, Hi korang, Bila saya tak dapat lena, maka saya mula la busy kan diri nak share something kat kawan di luar sana. Tengok jam pukul 1.46 pagi dah. Tapi mata still tak mahu lelap. Kuasa kuda apa yang ada pada diri ku ini.๐Ÿ˜• Esok mesti ku tersengguk-sengguk, alahai... mata oh mata.. Ok la disebabkan tak dapat nak lena ..Kali ni nak cerita sikit tentang pressure cooker. Sebenarnya dah beli pressure cooker ni dah lama, dalam bulan 9/2017 lagi..Sebelum beli, sibuk juga survey pelbagai jenama, antaranya Philips, Noxxa, Cornell dan sebagainya.  Mulanya saya takda info sgt tentang pressure cooker ni. Padaku semua nya senang kalau pakai periuk biasa. Hehe...old school la sangat..kikiki...๐Ÿ˜Terjadinya sifat ingin tahu dgn lebih mendalam tu bila Cik Sri balik ke kampung suami, tak silap hari raya kot..So kat situ la bermula cinta pandang pertama... Haa....korang ingat 'love at first sight' pd suami saja ke yg ada? oh tidak....kat periuk pun ada tau..haha๐Ÿ˜€. Adik

Resepi Goreng Pisang Rangup

Image
                    Goreng Pisang homemade... Assalamualaikum, Dah nak pukul 4 ptg, waktu minum petang, ada saje yang nak di isi dalam perut ..ye tak?Kalau di opis yang sejuk-sejuk tu, dapat jugak la kurangkan rasa mengantuk bila dapat mengunyah..kiki. Salah satu yang selalu orang kita cari mesti goreng pisang kan?..fuhh sedap jugak cari goreng pisang panas-panas sambil hirup secangkir teh tarik..pergh marveles sangat kita uolls.. Tetiba teringat pulak masa zaman saya muda-mudi dulu..zaman melepak dengan geng ofis..kalau lapar dan takda appoinment dengan client, maka dah tentu tempat kami di goreng pisang MAWAR,JB. memang ramai yang amat lepak sana. .eh eh kejap, kita cari goreng pisang atau pisang goreng ya? ๐Ÿ˜Selalu yang kita dengar orang cakap 'goreng pisang' kan...hahaha...tapi apa pon sama saje .. yang penting sedap dan rangup tu yang membuatkan kita lupa daratan..๐Ÿ˜†so ape lagi? moh la cari goreng pisangnya. Dan hari ini saya nak share cara buat goreng pi

Suka memasak?

Assalamualaikum, Hai semua, hari ni takda apa nak share..sebab badan terasa letih, musim pun kejap panas kejap hujan. Maka satu rumah la effect batuk, demam, selesema dan sebagainya. Takpa..itu semua dugaan Allah. Anggap saja satu kifarah..hehe. Hari ni awak semua masak apa? Mesti sedap belaka...yelah..lagi-lagi kalau anak makan masakan kita habis sepinggan sehingga menjilat jari, confirm kita sebagai mak rasa terharu dan esok lusa kita akan semangat nak memasak lagi..betul tak? Air tangan ibu siapa boleh challenge..ye tak? InsyaAllah blog yang masih 'baby' lagi ni akan menyusul dengan resepi yg marveles...Doakan ya. Semoga saya istiqamah dalam memberi dan sentiasa memberi. Moga amalan yg serba sedikit ni dapat kumpulkan pahala untuk kita kelak. InsyaAllah.. Stay tuned korang...esok lusa saya update tentang masakan ya..bye.. Assalamualaikum.