Posts

Showing posts from May, 2018

Resepi Daging Masak Halia

Image
Assalamualaikum, Hari tu ada cakap yang saya ada beli pressure cooker kan?  Selalunya masak akan jadi sangat mudah dan senang bila saya dapat gunakan pressure cooker saya. Lagi pun saya dapat save masa saya daripada menunggu beberapa jam untuk jadikan daging empuk.  Sekarang dengan hanya 15 -17 minit saja daging dah empuk. Memang syukur sangat ada pressure cooker. Save masa, save tenaga saya.. tak payah jaga api gas dan air rebusan. Hanya tekan beberapa button, sudah selesai kerja. Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah Daging masak Halia tp saya tambahkan sedikit kicap untuk kesedapan lagi.  Jom tenguk apa bahan-bahannya: 300 gm Daging - di potong kecil ( saya tak rebus sbb saya masak menggunakan pressure cooker) (dibersihkan dulu selepas beli dr pasar) Bahan Tumbuk : 3 inci  Halia  3 ulas  Bawang Putih Bahan Potong: 1 biji besar -Bawang Besar hiris membulat 6 tangkai Lada Hijau - di potong (saya letak lebih dr 6 tangkai sbb saya s

Resepi Nasi Daging Utara

Image
May Hari ini dah masuk bulan May dah..Sekejap je rasa kan waktu berjalan sekarang, Mana tak nya hari tu macam baru je masuk tahun baru 2018...Dah nak hampir setengah tahun dah. Oklah hari ni saya nak share sikit tentang masak untuk keluarga pada hari buruh.Hari buruh kan cuti..So suami nak makan Nasi Daging Utara katanya..Apa lagi saya pon tengok la segala mak nenek bahan nak masak cukup..So why not kan kita masak? Ni first time saya masak Nasi Daging. Kalau dr pemerhatian saya, bahannya sama seperti masak Nasi Beriani Johor..Cuma ada sedikit beza dr segi daun dan sebagainya. Asasnya tetap sama. Cuma beras beriani saya takda, jadi saya gunakan beras rebus. Beras rebus ni lagi bagus kerana tiada kanji langsung iaitu Glisemik Indeks (GI) yang rendah.  Al-maklumlah, dah start umur meningkat ni kene la jaga pemakanan.😇...risau juga jika kencing manis menjengah dalam hidupku.😟😟 Jom tengok apa bahan-bahannya; Daging 1/2 kg - di potong besar dadu dan di rebus sehingga empuk. B