Resepi Soto Tulang Lembu



Tu letak sikit sambal hitam.


Hai korang.. 
Hari ni weekend buat apa? Selain pergi jalan dengan family dekat mall atau sebagainya, saya selalu akan ajak suami singgah ke Pasar Tani Taman Melawati selepas balik dari mall tu.  

Best sangat kat sana. Banyak yang boleh di beli kat sana. Paling suka beli ikan kat sana. Memang fresh sangat. Walaupun harga agak mahal sikit berbanding tempat lain, tapi saya rasa tak kisah sangat kerana kalau fresh masak apa pon akan jadi sedap. Kemanisan dari udang, ikan, sotong tu sendiri akan buat sesuatu lauk tu jadi lebih tip top rasa dia. Lagilah kalau kita nak buat laksa.Fuhh memang sangat² sedap. 

Selain ada jual bahan basah kat sana, ada juga jual baju-baju, makanan dan sayuran.

Kali ni suami yang beli sendiri. Saya tunggu di kereta saja memandangkan anak syok tidur dalam kereta. 

Sampai je dia di kereta, dia terus cakap "i beli tulang"... wah saya dah agak mesti dia suruh buat soto lagi.. Haha😃

Ye, memang betul sangkaan saya. Haha. 
Jadi apa lagi..jom tenguk resepi kali ni. 
Sebelum ni saya ada buat soto tapi menggunakan kaki ayam ladangku. Boleh tenguk resepi soto di SINI

Bahan untuk kali ni saya akan share juga. Cuma kali ni tak letak buah keras. Sebab

Tulang Lembu yang sudah direbus. 
Dalam 1.3kg +-

Bancuhan Rempah Sup Adabi 
Saya guna 6-7 sudu besar pink spt diatas


Serai tu dalam 8-10 batang.
Dah racik, semua blend ya kecuali 4 sekawan.

Tumis 4 sekawan.

Masuk bahan blend dan dah hampir garing terus masukan rempah sup.

Bila dah garing, tutup api. Kemudian masuk ke dalam periuk rebusan tulang.

Renehkan kuah dan sedia untuk di makan.

Jom makan, saya makan dengan nasi impit.
Taugeh dicelur ya. 




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Sambal Ikan Nyok-Nyok

Resepi Sayur Lobak Putih masak Lemak